Tuesday, July 12, 2011

Hadiah Yang Amat Istimewa Buatmu!!

Begitu lama idea tak dicurahkan di sini..
Kali ini ade entry yg nak dikongsi bersama..
Firstly semalam dapat berita yang amat mengembirakan buat aku & my family..
Lokasi : Kelas Henderson PPUKM
Masa : 0945am
Kedengaran suara lecture yang amat lunak sekali baerkata-kata...
"Ok..Saya akan umumkan nama-nama yang telah berjaya dalam ujian Lembaga Jururawat Malaysia..Jika nama tidak disebut bermakna anda telah KANDAS!"
Zappp...KANDAS!!!Perkataan itu yang tak mahu dengar sebenarnya...Tapi bagaimanapun keputusan telah pon berada di depan..tggu dibacakan sahaja...
DUPPP!!!DAPPP!!!DUPPP!!DAPPP!!!
Dengan bacaan Bismillah...
"Nama-namanya ialah......
'ERNIE AZREEN BINTI MOHD ZAHIDI'
.........
.........
.........
ALHAMDULLILLAH!!!!
Aku dah lulus...Menitis air mataku bila nama aku diumumkan first..
Ketika itu aku terbayangkan wajah mak & abah...
Tentu mereka tersenyum lebar dengan berita yang akan aku sampaikan nie...

Kringgg...Kringg...

Aku : Assalamualaikum...MAK!!!!Akak dah lulus!
Mak : Alhamdullilah..Tahniah..Mak gembira sangat...
*aku telah membuatkan mak gembira dengan kejayaan aku ini..

Msg to Abah : Abah..tpon akak jap.!

Kringgg..Kringgg..

Abah : Assalamualaikum..Haaa..Npe?Mcm ne?
Aku : Abah nak tau x..akak dah LULUS!!!...
Abah : Haa....TAHNIAH²!!Abah tumpang gembira..
*aku telah membuatkan abah suspen dan tersenyum bila menerima berita tersebut..

Akhirnya aku membuat kptdn untuk pulang ke kampung untuk berkongsi kegembiraan aku ini..
Aku happy sangat..Dan sangat bersyukur kerana hasil titik peluhku akhirnya berjaya juga...

SEMALAM..SEKARANG..AKAN DATANG...
Aku telah digelar STAFF NURSE!!!

♥ story!

Daisypath Anniversary tickers